SELAMAT DATANG KE PAGE KU PENCINTA WANITA BIASA

About Me

My photo
Aku cuma seorang lelaki biasa yang mencintai wanita biasa...jika ada yang pernah membaca blog my team iaitu murku team mesti penah dengar nama kimamakcibeei....so,itulah aku

Tuesday, August 31, 2010

Kelebihan anak yang soleh disisi Allah

E-mailPrintPDF

Salah satu ciri-ciri anak yang soleh ialah dia sentiasa mendoakan kebaikan buat kedua ibu bapanya

Salah satu ciri-ciri anak yang soleh ialah dia sentiasa mendoakan kebaikan buat kedua ibu bapanya

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.

Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.

Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.

Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku." sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Monday, August 30, 2010

KELEBIHAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
  • “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
  • “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

    Bilakah Lailatul Qadar?

    Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

    Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

  • Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

    Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

    Syarat sah iktikaf:

    Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

    Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

    Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

    Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

    Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

    Perkara yang membatalkan iktikaf:

  • Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.

  • Murtad.

  • Hilang akal kerana gila atau mabuk.

  • Datang haid atau nifas.

  • Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

    Perkara yang sunat dilakukan.

  • Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.

  • Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

  • Perkara yang harus dilakukan.

  • Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.

  • Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

    Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

  • SEMOGA KITA AKAN BERTEMU DENGAN MALAM LAILATUL QADAR...INSYAALLAH



    Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    Menjelang 31 Ogos 2010, maka genaplah 53 tahun Malaysia berdiri megah sebagai negara merdeka dan berdaulat.

    Apakah erti kemerdekaan bagi bangsa sebuah negara merdeka seperti kita? Bebas daripada penjajahan fizikal dan mental oleh bangsa Eropah? Kita patut berbangga kerana kita tidak lagi dijajahi bangsa Inggeris?

    Sebenarnya kita belum dibebaskan. Minda kita masih dicorak dan dikuasai oleh golongan dominan. Bukan oleh bangsa Eropah, tetapi oleh bangsa kita sendiri. Rejim hegemonik melakukan sedaya upaya untuk mengekalkan kekuasaan mereka ke atas kita agar status quo dapat dikekalkan.

    Hegemoni dirujuk sebagai satu kaedah kawalan sosial melibatkan keupayaan kelas sosial yang dominan (elit yang berkuasa) untuk memberikan kepimpinan dan arahan kepada kelas sosial yang lain (masyarakat umum) bagi mendapat kepatuhan sama ada secara rela atau secara paksaan melalui penggunaan kuasa yang ada pada mereka untuk mengekalkan status quo (Gramsci 1971).

    Kaedah pertama melibatkan keupayaan menguasai minda masyarakat secara suka rela. Kaedah ini dilakukan oleh pelbagai agen sosialisai seperti media massa, parti politik, ibu bapa, sekolah, guru, rakan sebaya dan sebagainya bagi menanam norma dan budaya masyarakat. Jelas sekali proses penguasaan minda oleh kelas dominan ini amat berjaya sehingga membolehkan mereka berada di kedudukan yang hegemonik semenjak merdeka sehingga sekarang. Pemikiran dan tindakan masyarakat umum berjaya dipengaruhi dan dikawal sebagaimana dikehendaki.

    Kaedah kedua ialah tindakan mengawal (menjajah) masyarakat dengan kekerasan dan paksaan. Ini melibatkan penggunaan beberapa institusi yang berkuasa di dalam negara seperti institusi perundangan dan keselamatan, termasuk akta-akta tertentu. Kaedah ini tidak meletakkan undang-undang sebagai sesuatu yang berdaulat, sebaliknya memperalatkan undang-undang tertentu bagi kepentingan rejim (rule by law bukan rule of law).

    Sekiranya penguasaan golongan dominan bagi mengekalkan status quo ini tidak dihapuskan, selagi itulah masyarakat umum, yakni rakyat terbanyak tetap tidak bebas – fizikal dan minda dipengaruhi dan dikuasai sama ada secara sedar atau tidak sedar.

    Apakah erti kemerdekaan bagi kita rakyat Malaysia?(pikirkanlah wahai rakyat malaysia)

    PERMASALAHAN DI ERA KEMODENAN

    Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja seperti MEREMPIT,BULI,PERGADUHAN,PENYALAHGUNAAN DADAH,KHALWAT,PEMBUANGAN BAYI dan sebagainya. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negaraDi Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.Oleh itu,adakah kita yang mengaku sebagai rakyat 1MALAYSIA hanya ingin melihat sahaja permasalahan ini berlaku????

    Ku Memang Tak Sempurna

    Ku memang tak seperti mentari
    Yang begitu terang dan menyinari
    Tapi ku punya lubuk hati
    Yang sanggup tuk mencintai

    Ku memang tak seperti rembulan
    Menerangi malam dengan sinarnya
    Tapi ku punya perasaan
    Tuk bisa ungkapkan cinta

    Ke memang tak seperti bintang
    Menghiasi gelapnya malam
    Ku memang tak sempurna
    Karena kesempurnaan hanyalah milik-Nya


    Tapi ku punya secercah harapan
    kan bisa berguna bagi semua insan
    Menerangi mereka dengan cinta
    Menghiasi alam dengan rasa



    KEISTIMEWAAN SEORANG WANITA

    1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki krn sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
    Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda :
    "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

    2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

    3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
    derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan
    orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

    4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
    maka pahalanya seperti bersedekah.
    Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
    Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

    5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

    6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

    7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,
    lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

    8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

    9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

    10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
    Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

    16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
    maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

    17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

    18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

    19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
    maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

    20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

    21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

    22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

    23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap tetes susu yang diberikannya.

    24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

    25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

    26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

    27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

    28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

    29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

    30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

    31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

    32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

    33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

    34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

    35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

    36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

    37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

    38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

    39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

    40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

    41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
    tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya di dunia ini dengan istiqamah.